MENTERA SEMERAH PADI

ILMU ITU PADA AMALNYA, SILAT ITU PADA BANGSANYA, KERIS ITU PADA FALSAFAHNYA. JANGAN DISIA PADA AJARANNYA, ABADIKAN IA PADA GURUNYA.



INFO DI SINI

INFO SUMBANGAN YATIM DAN ASNAF
PERTUBUHAN DAR ASNAF ALFATEEH ALIDRISIAH SELANGOR

https://madrasahdaafis.wasap.my



KEMPEN SELAMATKAN REMAJA 2019


Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan pelbagai gejala sosial remaja yang berlaku hampir setiap hari. Kehidupan remaja yang penuh dengan pelbagai permasalahan sosial sangat merunsingkan ibu bapa dan juga pemimpin negara.
Banyak cara dan kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke arah kebaikan untuk menjadi insan berguna namun mereka tetap memilih jalan yang salah dan hitam. Kes rogol, ragut, penyalahgunaan dadah, berpeleseran di pusat-pusat beli belah,seks bebas, lumba motor haram, Black Metal dan yang seumpamanya yang mana semua ini semakin berleluasa dari sehari ke sehari.
Mereka seolah-olah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain.
Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”
Persoalannya,jika remaja kita musnah akibat kesan keseronokan yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan masa depan mereka? Justeru itu, senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak seperti golongan ibu bapa, guru, masyarakat, negara dan termasuklah remaja itu sendiri.
Dalam merealisasikan harapan ini, kami telah merangka modul khusus untuk tujuan diatas. Program-program pembangunan insan giat dijalankan bagi memastikan para peserta mempunyai ilmu dan pandangan hidup yang benar untuk membentuk jatidiri yang kukuh sekaligus mampu menghadapi cabaran dunia kini. Semoga mampu membantu meningkatkan pencapaian diri kita dalam menunaikan amanah selaku khalifah Allah s.w.t, seterusnya berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

KAMI BERUSAHA MENUKAR PERSEPSI MASYARAKAT SUPAYA MEREKA SEDAR REMAJA INI PERLU DIBERI RUANG DAN PELUANG, KEKUATAN DAN GALAKAN UNTUK MEREKA BERUBAH. TIADA INSAN YANG SEMPURNA DAN PERLU DIINGAT BAHAWA ADA TEMPAT UNTUK MEREKA BERUBAH MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK BERTERASKAN AJARAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH JIKA MENDAPAT SOKONGAN SEMUA PIHAK

HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG TEMPAHAN DAN KERTAS CADANGAN PROGRAM.

AKADEMI AZZAHRA
azzahra.professional@gmail.com
0173727486
01110840523






PROGRAM CUTI SEKOLAH 2018

Jom Daftar !

Kerahsiaan Adalah Kunci Perubahan !

Jom Sertai Kempen Selamatkan Remaja 2018

Dapatkan Pengalaman Terbaik Hanya Dari Yang Pernah Melakukannya Sahaja Kerana Hanya Jauhari Mengenal Manikam, Inikan Pula Penceramah Yang Tidak Pernah Hisap Rokok Sedang Menasihati Seorang Remaja Perokok Tegar.

Selalunya Ini Yang Terjadi: 

"Hek Eleh! Penceramah Tak Pernah Hisap Rokok Tapi Nak Nasihatkan Orang Pula! BalikLah..." 

☝BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG YANG DAH INSAF DAN TAUBAT

☝BELAJAR DARI ORANG YANG DAH INSAF DAN BERTAUBAT

☝PENGALAMAN ADALAH GURU KEHIDUPAN

☝HANYA YANG BERPENGALAMAN YANG TAHU CARA MENCEGAH DAN MERAWATNYA.


SIRI PONDOK LATIHAN KESEDARAN DIRI 
SENTUHAN NURANI & SAHSIAH DIRI

DENGAN 
AKTIVITI PENINGKATAN KEILMUAN 
&
PENJANAAN KESEDARAN DIRI

SANTAI BERSAMA
BARISAN PENGALAMAN AKADEMI AZZAHRA

ANTARANYA…
BARISAN KAUNSELOR REMAJA
PERUNDING MOTIVASI REMAJA
BARISAN KAKITANGAN PENJARA
PEGAWAI PENJARA
PEGAWAI ANTI DADAH
BEKAS PESALAH JUVANA
BEKAS AHLI KONGSI GELAP
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KAUNSELOR RAWATAN PENAGIHAN
BEKAS BANDUAN AKHIR TALI GANTUNG
DAN BANYAK LAGI...


VISI PROGRAM

  1. Bersama membantu membina modal insan belia remaja yang merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup, bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek kecemerlangan duniawi dan ukhrawi serta berupaya menjadi pemangkin kepada generasi kepimpinan di masa hadapan.
  1. Membantu mengenalpasti dan memberi pendedahan punca awal salah laku remaja melalui siri program dan ceramah kesedaran bukan sahaja kepada golongan remaja, menjadi keutamaan kepada guru dan ibubapa untuk memahami tingkah laku anak mereka dalam keadaan sedar.
  1. Membantu mencegah, membimbing dan melakukan proses rawatan berkala kepada remaja bermasalah melalui beberapa pendekatan program dan aktiviti supaya kesalahan yang sama tidak diulang lagi
OBJEKTIF PROGRAM

  1. Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup
  2. Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai - nilai murni sebagai cara hidup yang bersepadu.
  3. Berusaha menyelamatkan remaja dari terjerumus ke lembah maksiat dengan beberapa pendedahan kebenaran melalui program - program kesedaran diri.
  4. Memberi pendedahan kepada remaja tentang beberapa tindakan salahlaku remaja, dan kesan buruk akibatnya.
  5. Memberi penerangan yang jelas tentang penguatkuasaan undang - undang tentang beberapa tindakan salahlaku remaja.
  6. Kami menyediakan kepakaran dan barisan pengalaman untuk memberi perkongsian kisah benar dan merancang program keutamaan yang bersesuaian mengikut keperluan peserta.

KEBERHASILAN PROGRAM
  1. Mengenal Diri dan Sedar Diri dalam peranan dan tanggungjawab kehidupan
  2. Mengetahui peranan ilmu dan kesannya dalam pembentukan sikap dan jatidiri.
  3. Disiplin dalam memimpin diri, keluarga, dan masyarakat ke arah kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
  4. Lebih Bersangka Baik, Selalu Positif, Selalu Sabar, Sentiasa Bersyukur dan Selalu Redha kerana hidup adalah untuk ke syurga.
  5. Sentiasa menjaga tingkahlaku kerana diri adalah kepercayaan orang sekelilingnya apatah lagi setiap perbuatan yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan kelak.

HUBUNGI KAMI:
USTAZ HAFIZ TAJUDIN (MUDIR MADRASAH)
018-3654136

USTAZ FADZIL CHE' LAH
019-6437910

USTAZ HAFIZ YAMANI
019-5977759

USTAZ IMRAN MOKHTAR
017-3727486

www.akademiazzahra.blogspot.com

www.facebook.com/akademiazzahra

PROGRAM BUAL BICARA BEKAS BANDUAN AKHIR TALI GANTUNG

KENALI SIAPA ATOK HAMZAH A.K.A BONGKOK

BONGKOK WAS HERE SINCE 1984



Hamzah Abd Rahim (1984 - 2013) merupakan banduan akhir yang pertama dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah penggubalan akta pada tahun 1986 untuk kesalahan dadah. Selama 16 tahun En Hamzah dipenjarakan sebagai banduan akhir tali gantung dan setiap hari hanya menunggu mati. Tidak cukup daripada itu, beliau terpaksa meringkuk 12 tahun lagi walaupun telah mendapat perkenan untuk Program Pengampunan di Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadikan beliau dipenjara selama 30 tahun di 4 buah penjara tersohor Malaysia dan telah menerima 10 sebatan. Kisah dokumentari dan personaliti beliau ingin kami kongsikan sebagai pedoman dan pengajaran.


Sehubungan dengan ini, kami memohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk membenarkan program ceramah ini kepada staf kakitangan dan komuniti atau pelajar sebagai kisah motivasi dan bahan arkib. Program bersama tayangan video dokumentari Di Sebalik Tirai Besi ini boleh dibuat sama ada dalam mesyuarat atau seminar dan perhimpunan bulanan atau mana-mana program yang bersesuaian pada tarikh dan masa yang dicadangkan oleh pihak Tuan/Puan. 

Antara kupasan menarik:
  • PEDOMAN MOTIVASI KISAH DAN PENGALAMAN
  • TAYANGAN DOKUMENTARI DI SEBALIK TIRAI BESI
  • TAYANGAN DOKUMENTARI KISAH TALI GANTUNG
  • TAYANGAN DOKUMENTARI KISAH-KISAH PENJARA
  • TAYANGAN DOKUMENTARI ATOK HAMZAH TERBITAN HISTORY ASIA DAN TV9
  • BUAL BICARA BERSAMA ATOK HAMZAH AKA BONGKOK
  • Q&A SESSION
  • SESI BERGAMBAR
  • APA YANG PASTI, PROGRAM 2 JAM MESTI JADI 4 JAM KERANA SOALAN DEMI SOALAN BUKAN SAHAJA DARI PESERTA MALAH DARI URUSETIA DAN PENGANJUR.
  • KAMI SENYUM SAHAJA




PASTIKAN ANDA SAKSIKAN TAYANGAN VIDEO INI SEBELUM REALITI:




Kerjasama pihak Tuan/Puan amatlah diharapkan dan boleh menghubungi Pegawai Penerangan kami En Muhammad Imran di talian 017-3727486. Diharap kisah ini memberi iktibar dan tauladan buat semua. Segala kerjasama dan keprihatinan yang  diberikan amatlah disanjung tinggi. Sekian, terima kasih.

Salam Ikhlas,
Muhammad Imran bin Mokhtar
Akademi Profesional Azzahra


JOM SUPPORT GROUP ATOK HAMZAH
"GENG MENGAJI ATOK HAMZAH"




















SEBARANG PERMOHONAN KERTAS CADANGAN DAN JEMPUTAN, EMAILKAN KEPADA 


Atau terus klik link di bawah untuk respon segera 
Cepat dan Pantas


SALAM IKHLAS
AKADEMI PROFESIONAL AZZAHRA




TABUNG WAKAF PENDIDIKAN

BERWAKAFLAH UNTUK PELABURAN AKHIRAT ANDA. 

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya."

Sekali lagi Akademi Azzahra selaku Rakan Strategik SARANA SMK Senawang 2017 dan Rakan Penggerak Tabung Wakaf Pendidikan SMK Senawang ingin menjemput anda berwakaf melalui:


TABUNG WAKAF PENDIDIKAN SMK SENAWANG

BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG?
Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk cek / wang pos atas nama AMANAH RAYA BERHAD

Tulis di belakang cek / wang pos tersebut dengan nama TABUNG WAKAF PENDIDIKAN SMK SENAWANG (LD004480) beserta nama penuh dan alamat penyumbang untuk tujuan pengeluaran resit.

Hantar ke:
JABATAN PENDTADBIRAN AMANAH,
TINGKAT 1, WISMA AMANAH RAYA,
NO. 2, JALAN AMPANG,
50503 KUALA LUMPUR

Resit akan dihantar oleh Amanah Raya dalam tempoh 21 hari selepas sumbangna diterima.

Anda juga boleh menyumbang terus melalui akaun Bank ISLAM (BIMB) atas nama SURAU AL-HANNAN SMK SENAWANG ; No Akaun : 05067010011316 dan sms nama dan alamat ke no tel (hp) 0196215967 untuk rekod pengeluaran resit.

TALIAN INFO
0196215967 (Cikgu Zulkifli Ismail)
0126119617 (Pengetua Tuan Omar Ahmad)