Barisan Profesional Azzahra






TENTANG AKADEMI AZZAHRA

.
Azzahra Professional (Akademi Azzahra) mula didaftarkan pada tahun 2010. Gabungan Profesional Azzahra mempunyai pengalaman bersama dalam membantu golongan terpinggir seperti penagih dadah, mat rempit, pesalah juvana, ahli kongsi gelap, bekas banduan, dan banyak lagi.
.
Kini Azzahra Professional menawarkan kepakaran dalam perkhidmatan berkaitan latihan keusahawanan, latihan korporat, pembangunan insaniah, pengurusan acara, aktiviti rekreasi dan eksplorasi, pembinaan karakter dan kepimpinan organisasi,  teambuilding serta program - program jatidiri dan motivasi.
.
Azzahra Professional komited ke arah penghasilan modal insan yang lebih cemerlang dengan pelbagai kemahiran dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk modal terancang bagi mencapat objektif yang diingini oleh pelanggan kami. Barisan kami mengaplikasikan pengoperasian Prosedur Operasi Standard (SOP) dan keselamatan peserta yang mengikuti keperluan piawaian antarabangsa. Tenaga pengajar kami juga sentiasa menggunapakai teknologi terkini dalam kaedah pelaksanaan setiap program bagi memastikan setiap pelanggan mencapai objektif yang telah digariskan.
.
Azzahra Professional menawarkan program pembangunan kapasiti untuk institusi pendidikan, jabatan kerajaan mahupun syarikat korporat, termasuk pembangunan keusahawanan dengan mempraktikkan kaedah Experiential Learning, Adventure Based Learning, Teachable Moment, Fun Learning dan banyak lagi.
.
Azzahra Professional mempunyai barisan penceramah profesional, tenaga pengajar, jurulatih rekreasi dan fasilitator terdiri daripada pelbagai bidang kemahiran. Justeru dengan kepakaran yang ada, kami amat komited dalam memastikan para peserta dapat mencapai objektif yang diinginkan berdasarkan ilmu dan perkongsian pengalaman bersama.
.

BUDAYA KORPORAT AKADEMI AZZAHRA:

  • Standard Akademik vs Standard Industri
  • Berorientasikan Tugas vs Berorientasikan Hasil
  • Program Sehala (One Off) vs Program Susulan (Follow Up)
  • Berteraskan Program vs Berteraskan Objektif Pembangunan
  • Cara Lama vs Kuasai Tren
  • Teori vs Praktikal
.

METODOLOGI Accelerate Your Performance

  • Pandangan Hidup
  • Pegangan Hidup
  • Pengalaman Hidup
  • Pedoman Hidup
.
Azzahra Professional sentiasa percaya bahawa setiap dari pelanggan kami mempunyai objektif dan keperluan yang berbeza, bersesuaian dengan persekitaran dan matlamat organisasi mereka. Kepelbagaian keperluan latihan juga memberi pilihan kepada pelanggan kami untuk memilih yang terbaik:
.

DAPATKAN SENARAI PROPOSAL LATIHAN DAN OUTLINE KURSUS DI SINI:

Hubungi Kami:



No comments:

Post a Comment