Accelerate Your Performance

Accelerate Your Performance by Azzahra Professional

























"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu sebagai sebaik - baik kejadian."
(Surah At-Tiin: 4)

.
Manusia pada fitrah kejadiaannya telah diciptakan dengan penuh teliti dan suci untuk diangkat martabatnya sebagai pemimpin dan pemegang amanah untuk bertanggungjawab pada memakmurkan alam raya. Darjat manusia ditinggikan melebihi seluruh makhluk yang lain.
.
Dengan keseimbangan tahap kecerdasan Akal, Rohani, Emosi dan Fizikal, manusia pastinya mampu membina kecemerlangan pada impian yang tersimpan dalam kepercayaan diri. Apabila manusia mengerti dan menghayati akan tujuan penciptaannya, seluruh kehidupannya akan terarah untuk membangkit potensi tersebut bagi mencapai maksud agung penciptaannya iaitu memakmurkan muka bumi yang bermula dengan membina kecemerlangan diri dengan:
.
Hidup mengenal diri mengenal Allah - sudah kenal pasti hidup lebih indah,
Hidup mengenal diri mengenal Tuhan - sudah kenal pasti nampak kejayaan.
.
Maka, untuk melahirkan manusia yang mampu mencipta kejayaan yang hakiki, perjalanan kehidupan seseorang itu perlu dibina dengan menjurus kepada pandangan hidup, sistem kepercayaan, budaya nilai dan sikap ke arah yang ingin dicapai. Sistem kepercayaan positif yang sudah terbina di dalam diri (keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya) akan membentuk jatidiri yang teguh dan mampan.
.
Apabila jatidiri telah kukuh, maka proses pembentukan minda dan kemahiran akan menjadi mudah, sesuai dengan konsep pembentukan kecemerlangan insaniah melalui K.A.S.H: (Knowledge - Attitude - Skills - Habits)
.
"...jikalau engkau hendak melihat masyarakat akan datang, lihatlah generasi muda pada hari ini..."
.
Dalam merealisasikan objektif program latihan motivasi dan pembangunan insaniah selama ini, Akademi Azzahra telah merangka modul khusus bagi tujuan bersama pihak pelanggan. ACCELERATE YOUR PERFORMANCE menjadi fokus utama bagi memastikan para peserta mempunyai Ilmu dan Pandangan Hidup yang benar untuk membentuk jati diri yang kukuh sekaligus mampu menghadapi cabaran dunia kini.
.
Semoga ianya dapat membantu meningkatkan pencapaian diri kita dalam menunaikan amanah Khalifah Allah SWT, seterusnya berbakti kepada Agama, Bangsa dan Tanahair.
.
"Sebaik - Baik Manusia Adalah Orang Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain." (HR Ibn Hibban)
.

"HADIAH TERHEBAT ADALAH APABILA KITA MEMPUNYAI KEMAMPUAN DAN MEMDAPAT PELUANG UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN."

.
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA AKADEMI AZZAHRA
.
Bersama ini dilampirkan Profil dan Proposal Latihan untuk tujuan jalinan kolaborasi dalam menganjurkan program latihan dan motivasi sepanjang tahun.
...
...
...
...
...
...
...
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas jalinan kerjasama yang diberikan. Pihak kami amat berbesar hati untuk menerima panggilan perbincangan daripada pihak Tuan / Puan. Sebarang maklumbalas dan perbincangan lanjut, boleh terus hubungi En Imran di talian (whatsapp) atau emailkan ke azzahra.professional@gmail.com
.



No comments:

Post a Comment