KEMPEN SELAMATKAN REMAJA 2019
Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan pelbagai gejala sosial remaja yang berlaku hampir setiap hari. Kehidupan remaja yang penuh dengan pelbagai permasalahan sosial sangat merunsingkan ibu bapa dan juga pemimpin negara.
Banyak cara dan kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke arah kebaikan untuk menjadi insan berguna namun mereka tetap memilih jalan yang salah dan hitam. Kes rogol, ragut, penyalahgunaan dadah, berpeleseran di pusat-pusat beli belah,seks bebas, lumba motor haram, Black Metal dan yang seumpamanya yang mana semua ini semakin berleluasa dari sehari ke sehari.
Mereka seolah-olah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain.
Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”
Persoalannya,jika remaja kita musnah akibat kesan keseronokan yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan masa depan mereka? Justeru itu, senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak seperti golongan ibu bapa, guru, masyarakat, negara dan termasuklah remaja itu sendiri.
Dalam
merealisasikan harapan ini, kami telah merangka modul khusus untuk tujuan
diatas. Program-program pembangunan insan giat dijalankan bagi memastikan para
peserta mempunyai ilmu dan pandangan hidup yang benar untuk membentuk jatidiri
yang kukuh sekaligus mampu menghadapi cabaran dunia kini. Semoga mampu membantu
meningkatkan pencapaian diri kita dalam menunaikan amanah selaku khalifah Allah
s.w.t, seterusnya berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
KAMI BERUSAHA MENUKAR PERSEPSI MASYARAKAT
SUPAYA MEREKA SEDAR REMAJA INI PERLU DIBERI RUANG DAN PELUANG, KEKUATAN DAN
GALAKAN UNTUK MEREKA BERUBAH. TIADA INSAN YANG SEMPURNA DAN PERLU DIINGAT
BAHAWA ADA TEMPAT UNTUK MEREKA BERUBAH MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK BERTERASKAN
AJARAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH JIKA MENDAPAT SOKONGAN SEMUA PIHAK
HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG TEMPAHAN DAN KERTAS CADANGAN PROGRAM.
AKADEMI AZZAHRA
azzahra.professional@gmail.com
0173727486
01110840523
No comments:
Post a Comment