KENALI SIAPA ATOK HAMZAH A.K.A BONGKOK
BONGKOK WAS HERE SINCE 1984
Hamzah Abd Rahim (1984 - 2013) merupakan banduan akhir yang pertama dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah penggubalan akta pada tahun 1986 untuk kesalahan dadah. Selama 16 tahun En Hamzah dipenjarakan sebagai banduan akhir tali gantung dan setiap hari hanya menunggu mati. Tidak cukup daripada itu, beliau terpaksa meringkuk 12 tahun lagi walaupun telah mendapat perkenan untuk Program Pengampunan di Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadikan beliau dipenjara selama 30 tahun di 4 buah penjara tersohor Malaysia dan telah menerima 10 sebatan. Kisah dokumentari dan personaliti beliau ingin kami kongsikan sebagai pedoman dan pengajaran.
Sehubungan dengan ini, kami memohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk membenarkan program ceramah ini kepada staf kakitangan dan komuniti atau pelajar sebagai kisah motivasi dan bahan arkib. Program bersama tayangan video dokumentari Di Sebalik Tirai Besi ini boleh dibuat sama ada dalam mesyuarat atau seminar dan perhimpunan bulanan atau mana-mana program yang bersesuaian pada tarikh dan masa yang dicadangkan oleh pihak Tuan/Puan.
Antara kupasan menarik:
- PEDOMAN MOTIVASI KISAH DAN PENGALAMAN
- TAYANGAN DOKUMENTARI DI SEBALIK TIRAI BESI
- TAYANGAN DOKUMENTARI KISAH TALI GANTUNG
- TAYANGAN DOKUMENTARI KISAH-KISAH PENJARA
- TAYANGAN DOKUMENTARI ATOK HAMZAH TERBITAN HISTORY ASIA DAN TV9
- BUAL BICARA BERSAMA ATOK HAMZAH AKA BONGKOK
- Q&A SESSION
- SESI BERGAMBAR
- APA YANG PASTI, PROGRAM 2 JAM MESTI JADI 4 JAM KERANA SOALAN DEMI SOALAN BUKAN SAHAJA DARI PESERTA MALAH DARI URUSETIA DAN PENGANJUR.
- KAMI SENYUM SAHAJA
PASTIKAN ANDA SAKSIKAN TAYANGAN VIDEO INI SEBELUM REALITI:
Kerjasama pihak Tuan/Puan amatlah diharapkan dan boleh menghubungi Pegawai Penerangan kami En Muhammad Imran di talian 017-3727486. Diharap kisah ini memberi iktibar dan tauladan buat semua. Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan amatlah disanjung tinggi. Sekian, terima kasih.
Salam Ikhlas,
Muhammad Imran bin Mokhtar
Akademi Profesional Azzahra
JOM SUPPORT GROUP ATOK HAMZAH
"GENG MENGAJI ATOK HAMZAH"
SEBARANG PERMOHONAN KERTAS CADANGAN DAN JEMPUTAN, EMAILKAN KEPADA
SALAM IKHLAS
AKADEMI PROFESIONAL AZZAHRA
No comments:
Post a Comment