PERMULAAN BARU
APA PERLU DIBUAT JIKA BELUM BERJAYA
Alhamdulillah setiap permulaan perlukan landasan yang betul berpandukan Al Quran dan As Sunnah. Setiap permulaan juga dimulai dengan niat dan matlamat yang diperbaharui semula. Setiap permulaan juga perlukan 'push factor' sebagai kick start kehidupan. Sekalung tahniah buat mereka yang telah mempunyai tools & starter pack kehidupan. Majukan langkah anda, berusaha dan terus berusaha kerana pada prinsipnya, kita yang menaikkan martabat diri kita, kita juga yang menjatuhkan maruah diri kita andai terpesong arah. Namun, pada prinsip yang lebih jelas adalah, Buat Sahaja, Tak Berjaya Takpa, Allah Tetap Ada dan Maha Adil atas apa yang kita amalkan demi kebaikan di dunia dan akhirat.
Perbetulkan niat, kenapa ingin berjaya? Perlu fokus dan tetapkan matlamat. Doa, usaha & tawakal. Buat kerana Allah.
Siapa yang follow Dr Azizan Osman, mesti selalu baca motivasi & tips yang dikongsikan oleh beliau. Perkongsian kali ini juga tidak terlepas untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat Dr Azizan Osman, Maaf zahir dan batin. The 9S yang perlu kita buat jika masih belum berjaya yang Dr Azizan Osman share di FB beliau. Ia sangat bermanfaat juga bagus untuk peringatan. Dan akhirnya The 5S sebagai pemudahcara untuk anda.
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
AKADEMI AZZAHRA
No comments:
Post a Comment