Hidup Jangan Fikir Yang Kita Adalah Mangsa Keadaan Semata-Mata Tetapi Pilihlah Untuk Menguasai Keadaan
-2015-

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saya Doakan Semoga Dengan Tahun Baru & Azam Baru, Anda Mencapai Segala Impian & Kejayaan Dalam Hidup Anda.

Sebagai perkongsian, marilah sama - sama kita bermuhasabah diri dan mengambil iktibar dalam peristiwa banjir dan penerbangan Air Asia QZ8501 baru - baru ini. Saya mendoakan agar diri saya dan teman sekalian tetap istiqamah dalam apa jua keadaan kerana "Hidup Dan Mati Ini Hanyalah Untuk Allah Taala Semata - Mata".

Ini adalah apa yang saya belajar apabila melihat mereka yang terlibat dengan bencana banjir ini. Ada yang ditimpa bencana dan kemudian mereka biarkan diri mereka sebagai "mangsa" lalu menunggu agar sesuatu akan berubah, tetapi saya lihat ada pula mereka yang lain dalam keadaan yang sama, mangsa bencana juga tetapi mereka pilih untuk menguasai keadaan, proaktif dan bangkit segera melihat bagaimana keadaan mereka boleh diperbaiki. Mereka respon sekalipun mereka sendiri adalah mangsa keadaan tetapi tiba-tiba mereka menjadi seorang yang membantu orang lain.

Mesti ada sesuatu hikmah yang kita boleh belajar dan ambil iktibar dari setiap kejadian. Tiada Allah Taala jadikan sesuatu dengan sia-sia atau zalim. Dan pasti Dia jadikan perkara ini sebagai peluang untuk kita bantu dan perbaiki diri kita Insya Allah.

Perkongsian ini saya jadikan sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga anda semua supaya kita mengambil langkah dalam mengubah hidup kita dengan kadar segera kerana ramai lagi orang di luar sana yang memerlukan bantuan dan pertolongan kita. Siapa yang nak bantu mereka bina hidup mereka semula dari tiada apa-apa sekarang kalau bukan kita sendiri?

Keadaan mereka sangat payah untuk the next few months or year dengan rumah dan harta benda musnah, kemudahan asas musnah, kesihatan yang kurang, makanan yang terhad, semua tempat berlumpur dan berair. Jika anda boleh bayangkan tsunami di Aceh, begitulah rupanya di Pantai Timur. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak mulakan kehidupan baru, berniaga, bercucuk tanam, bekerja sedangkan satu negeri itu mengalami kerosakan dan perlu banyak pembaikan semula. Ini semua memerlukan banyak masa, sumber dan kewangan.

Jadi, jika kita tidak mengubah atau meningkatkan taraf hidup kita, jika kita sendiri tiada wang lebih atau kekayaan, jika diri kita sendiri tidak cukup untuk menampung kos kehidupan seharian, bagaimana kita nak membantu saudara kita yang dalam kesusahan. Inilah kepentingan memiliki kekayaan dan kejayaan, kerana kita nak kaya untuk membantu orang lain. Jangan nak tunggu kerajaan, NGO dan sebagainya. Mereka pun ada tanggungan dan had bantuan masing-masing.

InsyaAllah, jika anda semua berjaya dan menjadi jutawan, kita sudah melahirkan beratus-ratus jutawan untuk membantu rakyat Malaysia yang lain. Kalau kita sendiri membantu diri mengukuhkan ekonomi kita, barulah ekonomi negara akan semakin kukuh. Jangan hanya berharap dan bergantung pada bantuan orang lain dalam apa keadaan sekali pun. Kita sendiri bantu diri kita supaya kita berdikari dan kukuh dari segi ekonomi dan kewangan. Segalanya bermula dengan diri kita.

Salam Ikhlas,
Akademi Azzahra

Kaedah Pengendalian Modul Latihan Akademi Azzahra

No comments:

Post a Comment