TAWARAN MENYERTAI KURSUS REKREASI LUAR TAHAP II (OUTREC LEVEL II)

KURSUS REKREASI LUAR TAHAP IIOUTREC LEVEL II

ANJURAN:JABATAN BELIA & SUKAN NEGERI JOHOR
TARIKH :17 OKTOBER 2016 - 21 OKTOBER 2016
TEMPAT :KOMPLEKS RAKAN MUDA SUKAN AIR & UDARA (KRAMSAU DESARU)

TERBUKA KEPADA SEMUA PESERTA YANG TELAH MENYERTAI KURSUS ASAS REKREASI LUAR TAHAP I (OUTREC LEVEL I)

OBJEKTIF:1. MELAHIRKAN PEMINAT DAN PENGGIAT REKREASI YANG AKTIF & DIIKTIRAF OLEH PIHAK KERAJAAN.2. UNTUK MENYELARAS & MENGEMASKINI MENGENAI PENDIDIKAN REKREASI LUAR SECARA TERATUR.3. BERSAMA DENGAN PERSATUAN MEMBERI PENDIDIKAN REKREASI LUAR SECARA SAINSTIFIK DAN ILMIAH KEPADA PENGGERAK PROGRAM.

BERSAMA INI DISERTAKAN RUJUKAN BORANG PERMOHONAN DAN SURAT TAWARAN KEPADA YANG BERMINAT.


SURAT TAWARAN MUKA 1

SURAT TAWARAN MUKA 2

BORANG PENDAFTARAN

JADUAL PROGRAM

www.facebook.com/akademiazzahra

ERTI HIDUP PADA MEMBERI KEBAIKAN


DICIPTAKAN SETIAP PERKARA ITU BERPASANGAN
ADA HIDUP DAN ADA MATI
DAN DALAM HIDUP ITU KITA ADA 2 PILIHAN
SAMA ADA NAK JADI BAIK ATAU NAK JADI JAHAT
SEBAB BILA MATI NANTI
KITA CUMA ADA 2 KESIMPULAN
SAMA ADA KE SYURGA ATAU KE NERAKA
ERTI HIDUP PADA MEMBERI
SEBAB BILA MATI NANTI
KITA HANYA MENERIMA
KALAU KITA MEMBERI KEBAIKAN
MAKA KITA AKAN MENERIMA KEBAIKAN
KALAU KITA MEMBERI KEJAHATAN
MAKA ITULAH JUGA YANG AKAN KITA TERIMA
DALAM SETIAP DIRI MANUSIA ITU ADA KEBAIKAN
DAN MEMANG FITRAH HIDUP MANUSIA MENCARI KEBAIKAN
SEBAB TAKDE SIAPA YANG MAHU MATI DALAM KEJAHATAN
BENAR HIDUP INI SUSAH NAK BUAT BAIK
TAPI KALAU KITA TIDAK CUBA BUAT BAIK
TAKKAN KITA NAK JADI JAHAT KOT?


AKADEMI AZZAHRA
www.facebook.com/AkademiAzzahra
www.akademiazzahra.blogspot.com


ERTI HIDUP PADA MEMBERI KEBAIKAN

BARISAN PENGALAMAN AKADEMI AZZAHRA

Pernah Mendengar Nama Bongkok?
Seorang Ahli Perniagaan Dijatuh Hukuman Gantung Sampai Mati
Kisahnya Menjadi Topik Berita Utama Suatu Masa Dahulu...
30 Tahun Di Penjara Temukan Banduan Akhir Ini Dengan Sesuatu Yang Amat Bernilai...

Kisah Benar Ini Adalah Salah Satu Daripada Program Siri Jelajah Kembara Lagenda 1984-2013 Seluruh Malaysia. Untuk Pengetahuan, Penceramah Adalah Seorang Bekas 'Ahli Perniagaan Terkenal Raja Dadah' Suatu Masa Dahulu.
Hamzah Atok​ aka Bongkok (1984-2013) Semoga Kisah Ini Dapat Membawa Pengajaran Buat Kita Semua.

Antara Kupasan Menarik:
* Bongkok berurusniaga bersama barisan artis 1980-an
*Kini hanya tinggal Bongkok seorang sahaja di Malaysia ini
*Kisah bagaimana ibunya disaat mendengar hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati
*Kisah Benar bagaimana Bongkok menerima hidayah Allah
*Kisah 16 tahun tidak dapat melihat matahari dan setiap minggu menunggu mati sahaja...

Saksikan... Antara Rakaman Video Ceramah In Person With Hamzah Atok aka Bongkok Lokasi Rakaman: SMK Tunku Ampuan Durah, Negeri Sembilan Untuk Jemputan Ceramah Beliau, Mohon Hubungi Akademi Azzahra di talian 0173727486





PERMULAAN BARU
APA PERLU DIBUAT JIKA BELUM BERJAYA

Alhamdulillah setiap permulaan perlukan landasan yang betul berpandukan Al Quran dan As Sunnah. Setiap permulaan juga dimulai dengan niat dan matlamat yang diperbaharui semula. Setiap permulaan juga perlukan 'push factor' sebagai kick start kehidupan. Sekalung tahniah buat mereka yang telah mempunyai tools & starter pack kehidupan. Majukan langkah anda, berusaha dan terus berusaha kerana pada prinsipnya, kita yang menaikkan martabat diri kita, kita juga yang menjatuhkan maruah diri kita andai terpesong arah. Namun, pada prinsip yang lebih jelas adalah, Buat Sahaja, Tak Berjaya Takpa, Allah Tetap Ada dan Maha Adil atas apa yang kita amalkan demi kebaikan di dunia dan akhirat. 


Perbetulkan niat, kenapa ingin berjaya? Perlu fokus dan tetapkan matlamat. Doa, usaha & tawakal. Buat kerana Allah.

Siapa yang follow Dr Azizan Osman, mesti selalu baca motivasi & tips yang dikongsikan oleh beliau. Perkongsian kali ini juga tidak terlepas untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat Dr Azizan Osman, Maaf zahir dan batin. The 9S yang perlu kita buat jika masih belum berjaya yang Dr Azizan Osman share di FB beliau. Ia sangat bermanfaat juga bagus untuk peringatan. Dan akhirnya The 5S sebagai pemudahcara untuk anda.














DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
AKADEMI AZZAHRA

Better Man Song By CSO N9



Professional Partnership That You Can TrustAZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES(NS0065047-K)HQNo. 468, Jalan Haruan 4/3, Oakland Commercial Centre70300 SerembanNegeri Sembilan Darul KhususTel / Fax: 06-762 9242Mobile: +6017-372 7486 azzahra.professional@gmail.com

Mesyuarat Perancangan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2015



SEKALUNG PENGHARGAAN
Penasihat dan Ahli - Ahli Jawatankuasa Penganjur
Program Mesyuarat Perancangan
Sasaran Kerja Tahunan 2015
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
FAMA

Merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada;

Yang Berbahagia
En. Che Ghani bin Che Wan
Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

ALHAMDULILLAH

Perkongsian kami pada 
11 Februari 2015 - 14 Februari 2014
menampilkan elemen fun activities 
buat peserta.


ANTARA PENGISIAN PROGRAM KAMI


Setiap Peserta Diberikan Permainan Brain Game di mana mereka akan menyusun semula bebola warna. FOKUS dan Konsentrasi Dalam Pengurusan Aktiviti adalah kuncinya. Namun, kuasa DUPLIKASI adalah kejayaannya kerana Rahsia Kejayaan Adalah Meniru Kejayaan Orang Lain Yang Telah Berjaya dan Buktikannya.

Amalan 5S dan sesi penghargaan buat peserta. Bola Senyum menjadi pilihan.

Kuasa Keyakinan diri bermula dari diri sendiri, bagaimana diri mampu memberi bimbingan dan arahan bukan paksaan dalam setiap gerak kerja dan akhirnya mewujudkan kerjasama apabila diri ini memiliki Kesatuan Fikir dan Kesatuan Amal.
Tali adalah kunci kepada ikatan dan persahabatan. Ibarat satu ikatan yang kukuh saling bergantungan antara satu sama lain. Namun, setiap ikatan itu akan wujud masalah apabila ianya tersimpul dan tidak mampu terlerai. Apakah kesudahannya? Berusahalah dan jangan lihat kepada masalah itu satu masalah, lihatlah peluang di sebalik masalah itu, kerana setiap kesenangan itu, ada kepayahan. Indahnya ciptaan ini, petir dan kilat saling sambar menyambar, hujan mulai turun, Namun, segalanya akan hilang apabila kita dapat melihat pelangi nan indah.

sambungan...

AKADEMI PROFESIONAL AZZAHRA: KEMPEN SELAMATKAN REMAJA

AKADEMI PROFESIONAL AZZAHRA: KEMPEN SELAMATKAN REMAJA:     SIRI PONDOK LATIHAN KESEDARAN DIRI PENINGKATAN KEILMUAN & PENJANAAN KESEDARAN ANJURAN BERSAMA ...

Professional Partnership That You Can TrustAZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES(NS0065047-K)HQNo. 468, Jalan Haruan 4/3, Oakland Commercial Centre70300 SerembanNegeri Sembilan Darul KhususTel / Fax: 06-762 9242Mobile: +6017-372 7486 azzahra.professional@gmail.com

Jom Sertai KEMPEN SELAMATKAN REMAJA 2015 !!!

  
SIRI PONDOK LATIHAN KESEDARAN DIRI
PENINGKATAN KEILMUAN & PENJANAAN KESEDARAN



GABUNGAN PENGALAMAN

PERUNDING MOTIVASI
BEKAS AHLI KONGSI GELAP
PEGAWAI PENJARA SEREMBAN

PRS CURE&CARE 1MALAYSIA

KAUNSELOR RAWATAN KETAGIHAN
BEKAS BANDUAN AKHIR TALI GANTUNG
AKADEMI PROFESIONAL AZZAHRA


PENGENALAN
“ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu sebagai sebaik- baik kejadian ”
( Surah At Tiin :  4 )
    Manusia pada fitrah kejadiannya telah dicipta dengan penuh teliti dan suci untuk diangkat martabatnya sebagi pemimpin dan pemegang amanah untuk bertanggungjawab pada memakmurkan alam raya. Darjat manusia ditinggikan melebihi seluruh makhluk yang lain.

Dengan keseimbangan tahap kecerdasan Akal, Rohani, Emosi dan Fizikal, manusia pastinya mampu membina kecemerlangan pada impian yang tersimpan pada kepercayaan diri.  Apabila manusia mengerti dan menghayati akan tujuan penciptaannya, seluruh kehidupannya akan terarah untuk membangkit potensi tersebut bagi mencapai maksud agung penciptaannya iaitu memakmurkan muka bumi yang bermula dengan membina kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

    Dalam menjalani kehidupan, setiap manusia akan membuat keputusan untuk memberi balas dan bertindak pada kepercayaan yang terbina di dalam diri. Kepercayaan itu pula terbina pada setiap yang masuk ke dalam diri melalui pintu pancaindera dan membentuk pandangan hidup, sistem kepercayaan, sistem nilai dan kesemuanya ini akan membentuk sikap. Dari sikap inilah lahirnya tingkahlaku zahiriah seseorang yang menjalani kehidupan sehariannya.

    Maka, untuk melahirkan manusia yang mampu mencipta kejayaan yang hakiki, sistem kepercayaan seseorang itu perlu dibina  dengan menjuruskan pandangan hidup, sistem kepercayaan, sistem nilai dan sikap ke arah yang ingin dicapai. Sistem kepercayaan positif yang sudah terbina di dalam diri akan membentuk jatidiri yang perkasa.

Dalam merealisasikan harapan ini, Azzahra Professional dengan kerjasama GPMS Cawangan Seremban telah merangka modul khusus dalam Siri Pondok Latihan Kesedaran Diri KEMPEN SELAMATKAN REMAJA berpandukan program dan aktiviti peningkatan keilmuan dan penjanaan kesedaran bersama barisan pengalaman terdiri daripada mereka yang pernah dan mahir dalam aktiviti dan kegiatan remaja masa kini.  

Semoga program ini mampu membantu meningkatkan pencapaian diri remaja dalam menunaikan amanah selaku khalifah Allah s.w.t, seterusnya berbakti kepada agama, bangsa dan negara.


KEMPEN SELAMATKAN REMAJA

            Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12 hingga 31 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan “remaja” berasal dari bahasa latin “adolescere” yang membawa maksud to grow / to grow maturity (Golinko 1984 dalam Rice, 1990) / menuju ke arah kematangan. Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak – kanak dan peringkat dewasa. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan drastic, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil dan sentiasa ‘bermasalah’.

                Remaja adalah tahap kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Ketika usia masih muda, tenaga gagah perkasa dan nafsu meluap-luap. Tidak hairanlah, tanpa biimbingan ibubapa, golongan remaja mudah terjebak ke lembah maksiat dan gejala social yang membimbangkan. REMAJA adalah sasaran penting pembangunan modal insan Negara sesebuah Negara. Sebabnya, mereka mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Namun, krisis moral dan gejala social yang semakin menjadi-jadi dewasa ini amat menggusarkan terutama di kalangan remaja dan pelajar sekolah.

                Siri KEMPEN SELAMATKAN REMAJA bermula di Kem Sri Raudah pada tahun 2011 di bawah agenda perlaksanaan RAUDAH (Rakan Untuk Didik Akhlak dan Hati), maka siri Kempen Selamatkan Remaja telah merentasi fasa pertama dengan berjaya menghimpunkan seramai 12,500 penyertaan di kalangan remaja di setiap pelusuk komuniti setempat. Justeru, fasa kedua kali ini menumpukan ke arah profesionalisma perlaksanaan di mana pihak Akademi Azzahra  telah merangka beberapa program kolaborasi bersama antaranya pihak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Rabbani Fan Club (RabbaniFC) , Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia dan banyak lagi.

Melalui siri kolaborasi ini, pihak kami mensasarkan kepada 1 juta peserta golongan belia remaja seterusnya merealisasikan siri KEMPEN SELAMATKAN REMAJA ini di dalam Malaysia Book of Record  dan menjadi agenda rasmi kerajaan dalam melahirkan modal insan selari dengan acuan dan panduan Islam sebagai satu cara hidup ke arah kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
           

VISI KEMPEN SELAMATKAN REMAJA

                Membina modal insan belia remaja yang merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup, bersatu padu,  berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek kecemerlangan duniawi dan ukhrawi serta berupaya menjadi pemangkin kepada generasi pewaris kepimpinan Islam amnya dan pemimpin Negara khususnya.

                Membantu mengenalpasti dan memberi pendedahan punca awal salah laku remaja melalui siri program dan ceramah kesedaran bukan sahaja kepada golongan remaja, menjadi keutamaan kepada ibubapa untuk memahami tingkah laku anak mereka dalam keadaan sedar atau separa sedar.

                Mencegah, membimbing dan melakukan proses rawatan berkala kepada remaja bermasalah melalui beberapa pendekatan program dan aktiviti supaya kesalahan yang sama tidak diulang lagi.


MISI KEMPEN SELAMATKAN REMAJA

                Merancang dan melaksana aktiviti serta program berfaedah melalui perkongsian pintar berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja mengikut acuan nilai-nilai murni melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan Negara.

                Berganding bahu dan bekerjasama dengan semua pihak yang berperanan dalam usaha ini. Mungkin pendekatan atau usaha yang berbeza, namun matlamatnya jelas seperti petikan kata-kata Saidina Umar: “Jika kamu mahu melihat masa hadapan sesebuah Negara, lihatlah pemudanya pada hari ini.” Kami memilih untuk bersama kumpulan hebat remaja ini kerana kami juga seperti mereka dahulu, dan kami tidak mahu mereka terpinggir oleh para cendekiawan dan golongan cerdik pandai hari ini.

OBJEKTIF

  1. Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup
  2. Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai murni sebagai cara hidup yang bersepadu.
  3. Berusaha menyelamatkan remaja dari terjerumus ke lembah maksiat dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan program kesedaran remaja
  4. Memberi pendedahan kepada para remaja tentang penyalahgunaan dadah dan kesan buruk akibatnya
  5. Memberi pendedahan kepada para remaja tentang salahlaku seks dan kesan buruk akibatnya.
  6. Membimbing remaja bermasalah dan membentuk remaja ke arah panduan hidup berlandaaskan      Al Quran dan As Sunnah.
  7. Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan dengan sub komuniti dan individu melalui pelbagai aktiviti bermanfaat
  8. Memantapkan jaringan perhubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama agensi kerajaan . swasta dan NGO’s yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan dengan aktiviti Kempen Selamatkan Remaja
  9. Berganding bahu dan bekerjasama dengan semua pihak yang berperanan dalam  merencana aktiviti dan agenda Kempen Selamatkan Remaja.
  10. Kami menyediakan kepakaran dan barisan pengalaman untuk berkhidmat dan merancang program keutamaan yang bersesuaian mengikut keperluan pihak sekolah dan penganjur.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir program peserta Insya Allah akan boleh dan mampu;
  • Mengenali siapa dirinya secara hakiki dan tahu makna serta tujuan hidupnya
  • Menerangkan peranan ilmu dan kesannya dalam pembentukan sikap
  • Memimpin diri, keluarga dan sahabat ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat
  • Lebih menyayangi agama dan Tuhan dengan amalan yang lebih positif.
  • Sentiasa menjaga perilaku kerana sedar diri adalah orang kepercayaan Tuhan

SASARAN

  • Golongan remaja sekolah rendah dan menengah yang berumur bermula dari 11 tahun hingga 17 tahun.
  • Umum; Golongan remaja dan belia, ibubapa, penjaga remaja serta seluruh masyarakat pelbagai peringkat di Malaysia.

FAEDAH KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT

Program – program yang dicadangkan dalam Kempen Selamatkan Remaja ini adalah untuk memberi inspirasi dan aspirasi bagi mencapai kecemerlangan diri seimbang di dunia dan akhirat seterusnya menjadi pewaris kepimpinan yang cemerlang dari segi akhlak, sahsiah dan jatidiri.

Masyarakat (Remaja)
  • Mengenali siapa dirinya secara hakiki dan tahu makna serta tujuan hidupnya
  • Menerangkan peranan ilmu dan kesannya dalam pembentukan sikap
  • Memimpin diri, keluarga dan sahabat ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat
  • Lebih menyayangi agama dan Tuhan dengan amalan yang lebih positif.
  • Sentiasa menjaga perilaku kerana sedar diri adalah orang kepercayaan Tuhan

Gabungan Berperanan (Sekolah / Badan Kerajaan / Swasta / NGO / Institusi)
  • Program ini merupakan testimoni dan komitmen kepada pihak berperanan dalam membendung masalah gejala sosial di kalangan remaja.
  • Kami menyediakan kepakaran dan barisan pengalaman untuk berkhidmat dan merancang program keutamaan yang bersesuaian mengikut keperluan semua pihak
  • Laporan dan analisa program akan dilampirkan sebagai rujukan dan tindakan seterusnya
  • Proses perubahan, pemulihan dan pencegahan bukan hanya berlaku sekali sahaja, ianya memerlukan pemantauan, penelitian dan program kesinambungan antara semua pihak. Akademi Azzahra dengan kerjasama GPMS sedia berkhidmat.
  • Mengerattkan hubungan  dengan masyarakat.

MODUS OPERANDI

Kuliah Audiovisual Interaktif                                        Aktivi Kesedaran & Pengalaman
Aktiviti Penjanaan Kesedaran                                        Muhasabah Diri
Aktiviti Kerohanian                                                        Aktiviti Permainan Berkonsep   
Tayangan Video Kisah Benar                                        Perkongsian Pengalaman Benar
Kembara Motivasi Remaja                                            Teambuilding


KANDUNGAN MODUL 
KEMPEN SELAMATKAN REMAJA

LAMPIRAN KANDUNGAN PROFAIL SYARIKAT AKADEMI AZZAHRA 2013 / 2014



KEPAKARAN KAMI MENERAPKAN NILAI KASIH SAYANG ILAHI DALAM MENU MAKANAN PESERTA…
MALAH GURU / IBUBAPA TURUT MENGALIRKAN LINANGAN AIR MATA SEMASA MAKAN


·         Siri Ceramah / Seminar / Bengkel Kesedaran
o   Selangkah ke alam remaja (11 – 13 tahun)
o   Aku teruna terhebat (14 – 17 tahun; lelaki)
o   Bahagia Menjadi Gadis (14 – 17 tahun; perempuan)
o   Kenali Diri Pasangan dan Anak (Ibubapa / Penjaga)
o   Sifat Murabbi dalam Diri Seorang Guru (Pendidik)

·         Program Motivasi 3 hari 2 malam / 2 hari 1 malam

o   Natijah Program
  1.  Mempelajari kepentingan bersyukur atas kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada remaja
  2.  Menginsafi diri atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sebelumnya
  3.  Menanam azam untuk tidak mengulangi dan menghindari kesilapan dan kesalahan lalu serta;
  4.   Mengenali persekitaran yang dapat membantu perubahan dalam diri mereka.
  5. Belajar bagaimana membina perancangan kehidupan dan perniagaan kehidupan melalui beberapa agensi terlibat.

·         5 elemen menjadi keutamaan program motivasi yang dianjurkan sama ada selama 2 hari mahupun 3 hari 2 malam:

o   Pembentukan Akhlak, Sahsiah dan Nilai Murni
o   Smart Solat
o   Jatidiri dan Teambuilding (Outdoor)
o   Program Rekreasi Kembara Alam (Outdoor)
o   Program Khas Bersama Barisan Mereka Yang Pernah Melalui Liku Liku Kehidupan yang Sukar dan Di Sebalik Tirai Besi


PENAMBAHBAIKAN KANDUNGAN MODUL 2015

Bermula 2013 / 2014, perancangan inisiatif siri Kempen Selamatkan Remaja telah menerima penambahbaikan kandungan modul. Antara analisa yang menjadi keutamaan ialah kebanyakan progam yang kami laksanakan tidak memberi impak yang maksimum ke atas perubahan para peserta apabila barisan penceramah dan fasilitator yang kami tampilkan kurang memiliki pengalaman yang luas. Kini atas dasar “Pengalaman Atas Pengalaman” dan “Bercerita daripada Kehidupan”, kami menampilkan penambahbaikan yang terkini. Antaranya:

PENAMPILAN KHAS 

 SLOT PENGHARGAAN KHAS BUAT SEMUA
PINTU HIDAYAH SEORANG BEKAS BANDUAN AKHIR (1984 – 2013)
‘RAJA DADAH’ (10 SEBATAN ROTAN/HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI)
KISAH DAN PENGALAMAN GETIR BELIAU SELAMA 30 TAHUN DALAM PENJARA KINI BUKAN LAGI RAHSIA
KERANA BELIAU ADALAH ANUGERAH ALLAH BUAT KITA YANG ALPA
EN. HAMZAH ABDUL RAHIM BERUSIA 60 TAHUN

Rakaman Dokumentari History Chanel ASTRO
Rakaman Dokumentari "Janji Muharam" TV9 

ANTARA RAKAMAN DOKUMENTARI TV9 SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1435 MENCERITAKAN PENGALAMAN ‘PELUANG KEDUA’ BELIAU

Rakaman Dokumentari Bersama TV9









PROGRAM IKTIKAF DI  MASJID




SESI KAUNSELING
&
RAWATAN PENAGIHAN
BERSAMA...

















Tn. Hj. Abu Kassim Yahya
Kaunselor
Pusat Rawatan Dr. Mahmud dan Dr. Zanariah
Negeri Sembilan

Simpanan Peribadi En Abu Kassim bin Yahya

Simpanan Peribadi En Abu Kassim bin Yahya

Simpanan Peribadi En Abu Kassim bin Yahya


BARISAN TENAGA PAKAR DAN FASILITATOR

Keseluruhan program latihan  akan dikendalikan sepenuhnya oleh Pasukan Jurulatih Akademi Azzahra dan di bantu oleh para Fasilitator terlatih secara khusus untuk Siri Kempen Selamatkan Remaja 2015.               


CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN
           
Siri Kempen Selamatkan Remaja merangkumi 2 kategori program:

1.       Program Sepanjang Tahun 2015 / 2016

a.       Terbuka kepada mana – mana tarikh yang dicadangkan oleh pelanggan secara berkelompok sama ada sekolah mahupun badan berkanun / kerajaan / swasta untuk sasaran golongan tertentu.

i.      Siri Bengkel / Ceramah Kesedaran 2 jam / sehari 
(tidak bermalam)

ii.      Khemah Kerja Berpasukan / Kem Motivasi di mana – mana kem pilihan.
2hari 1 malam atau 3hari 2 malam.

2.       Program Berkala Pondok Latihan Kesedaran Diri

a.       Klinik rawatan dan latihan terapi diri kami berpusat di Pusat Rawatan Dr. Mahmud dan Dr. Zanariah, Jalan Lobak, Temiang, Negeri Sembilan.

b.      Program berkala yang akan diadakan sepanjang cuti persekolahan. Penyertaan terbuka kepada semua peringkat di beberapa lokasi kem pilihan:

 i.      Siri I bermula 14 Mac 2015 hingga 22 Mac 2015.
Pilihan tarikh tertentu.

ii.      Siri II bermula 30 Mei 2015 hingga 14 Jun 2015.
Pilihan tarikh tertentu.

iii.      Siri III bermula 19 Sept 2015 hingga 27 Sept 2015.
Pilihan tarikh tertentu.

iv.      Kemuncak Program Perdana bermula 21 Nov hingga 1 Jan 2016


KOS PENGENDALIAN PROGRAM

            Atas dasar tanggungjawab sosial, kami tidak mengenakan sebarang bayaran yang bertujuan untuk memperoleh keuntungan. Ianya selaras dengan mekanisma Kempen Selamatkan Remaja sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini. Kos pengendalian kami termasuk:

  • Pembangunan Modul
  • Jurulatih Perunding, Penceramah & Fasilitator
  • Jurulatih Khidmat Terapi Pemulihan Akhlak & Sesi Kaunseling
  • Dokumentasi dan laporan                                                                                           
  • Pengurusan Teknikal & Peralatan Permainan

Untuk penyertaan di beberapa lokasi pilihan seperti Kem – Kem Rekreasi, Tapak Perkhemahan, Pusat Institusi dan Latihan, kami mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:
·         Pengurusan Pengangkutan
·         Pengurusan Penginapan peserta dan pengiring
·         Pengurusan Makan dan Minum
·         Pengurusan Aktiviti Indoor
·         Pengurusan Aktiviti Outdoor

Nota:
Perkara asas yang menjadi keutamaan adalah perbincangan dan kesepakatan dalam menjayakan Kempen ini. Kertas kerja khusus dan pilihan sebutharga akan disediakan bersama nanti.
           

PENUTUP

            Adalah menjadi harapan kami agar penjenamaan KEMPEN SELAMATKAN REMAJA ini dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mencapai objektif yang disasarkan seperti yang dinyatakan di atas. Selain daripada itu, sokongan padu dari individu mahupun organisasi terbabti serta pihak-pihak korporat diharap dapat menggalakkan lagi semangat kesukarelaan dan sifat dermawan di kalangan masyarakat kita.

                KEMPEN SELAMATKAN REMAJA ini perlu dilihat sebagai satu agenda bersama dalam usaha menangani masalah gejala sosial di kalangan belia remaja yang semakin hari semakin teruk dan tidak terkawal lagi. Tanpa usaha murni yang sekecil ini, kita mungkinakan kehlangan sebuah Negara kerana jatuh bangunnya sesebuah Negara itu, dilihat kepada kekuatan semangat jatidiri pemuda pewaris bangsa. Jika masalah gejala ini tidak dibendung, maka hancurlah nilai martabat Negara itu selama-lamanya.

Kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, ribuan terima kasih diucapkan di atas curahan bakti dengan tulus ikhlas tanpa mengenal erti penat dan jemu demi anak bangsa, agama dan Negara. Semoga Allah S.W.T merahmati usaha murni ini.

Insya Allah.

Disediakan oleh,



……………………………………………………..
MUHAMMAD IMRAN BIN MOKHTAR
Pengurus
Azzahra Professional Management Services
  



PROFIL TENAGA PENGAJAR & FASILITATOR















BERSAMA GABUNGAN PENGALAMAN

PERUNDING MOTIVASI
BEKAS AHLI KONGSI GELAP
PEGAWAI PENJARA SEREMBAN
PRS CURE&CARE 1MALAYSIA

KAUNSELOR RAWATAN KETAGIHAN
BEKAS BANDUAN AKHIR TALI GANTUNG

  
KEMPEN SELAMATKAN REMAJA DI SANA SINI

PENGENDALI KONSULTAN BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
BAGI PELATIH PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT ZON SELATAN
(2012 – 2014)






SMK PALONG 7 FELDA
SMK KOMPLEKS KLIA
SMK DATO’ SEDIA RAJA
SMK TUNKU AMPUAN DURAH
SMK DATO’ MOHD SAID
SMK SEREMBAN JAYA
SMK SEREMBAN JAYA 2
SMK TAMAN TUANKU JAAFAR
SEKOLAH MENENGAH SETIABUDI
SMK UNDANG REMBAU









Program dan modul latihan yang dikendalikan menjurus kepada pelbagai aspek serta mengambilkira arus perubahan masa kini. Alhamdulillah, bersama gabungan pakar motivasi seluruh Malaysia, kami berpengalaman 5 tahun dalam mengendali kursus & seminar untuk semua. In sha Allah, perincian kertas kerja program akan dilampirkan pada sesi perbincangan bersama. Keutamaan kami kepada keupayaan perkhidmatan dan kualiti perkhidmatan. Berapa sahaja bajet anda, kami boleh serasikan dengan apa yang anda perlukan.
Untuk perbincangan lanjut, sila hubungi:

 

              AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES
              MUHAMMAD IMRAN BIN MOKHTAR
              TEL/FAKS: 06-762 9242
               H/P: 017-372 7486
              azzahra.professional@gmail.com
              www.akademiazzahra.blogspot.com